Westlife tetap nombor satu

Westlife tetap nombor satu

APABILA kumpulan yang berasal dari Dublin, Ireland, Westlife dicanangkan akan mengadakan sebuah konsert besar di negara ini, tidak dinafikan ada segelintir yang melahirkan rasa terkejut.

Perasaan itu bukan kerana tidak percaya kumpulan itu akan bertandang ke negara ini untuk ke sekian kalinya, tetapi persoalan yang bermain di fikiran adalah tentang populariti mereka.

Mungkin ada yang mempersoalkan apakah Westlife masih memiliki aura yang berupaya menarik perhatian peminat untuk menonton persembahan mereka.

Sementelah nama mereka dilihat tidak begitu kuat jika hendak dibandingkan sedekad lalu, sedikit sebanyak ia telah mengundang perasaan skeptikal sama ada konsert mereka itu akan mencatatkan kejayaan luar biasa.

Ternyata, segala telahan itu meleset sama sekali kerana Westlife yang masih kekal dianggotai oleh Nicky Byrne, Kian Egan, Mark Feehily dan Shane Filan telah membuktikan keunggulan mereka sebagai seorang penghibur.

Bertempat di Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur hujung minggu lalu, hampir 10,000 penonton dan peminat Westlife telah memenuhi setiap ruang di dalam stadium dengan satu tujuan – untuk berhibur dan mengimbau nostalgia bersama penyanyi pujaan mereka.

Percayalah, setiap seorang daripada penonton yang hadir pasti akan setuju bahawa persembahan Westlife pada malam itu telah membawa mereka menyusuri jalan kenangan dengan rangkaian lagu-lagu hits mereka.

Penulis yakin mereka yang menonton konsert Westlife tempoh hari adalah mereka yang telah membesar dengan lagu-lagu dendangan kumpulan itu sejak 13 tahun lalu (termasuk diri penulis).

Westlife, tetap, nombor, satu, kumpulan, berasal, Dublin, Ireland, Westlife, mengadakan, sebuah, konsert, besar, negara, segelintir, melahirkan, rasa, terkejut, memiliki, aura, berupaya, menarik, perhatian, peminat, menonton, persembahan, mereka, sedekad, mengundang, perasaan, skeptikal, konsert, mereka, mencatatkan, kejayaan, luar, biasa, Ternyata, meleset, sama, sekali, anggotai, Nicky Byrne, Kian Egan, Mark Feehily, Shane Filan, penghibur, westlife tetap, nombor, tetap nombor, Viva La Vida, nyanyian, asal, Coldplay, Only Girl, In the World, Rihanna, The Time, Dirty Bit, The Black Eyed Peas, Bad Romance, Lady Gaga